Saturday, April 30, 2011

PEMERIKSAAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR PADA KENDERAAN UJICUBA

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia kepada ahli dan penyokong PnG2.
Untuk makluman semua pada 27 April 2011, kumpulan Piston n Gear 2 telah di undang ke Jabatan Alam Sekitar Malaysia di Presint 4 Putra Jaya untuk menyampaikan taklimat serta sesi perbincangan berkenaan projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif iaitu Exhaust Carbon Residue Trap.Hasil dari perbincangan tersebut, ahli kumpulan telah mendapat panduan yang berguna berkenaan undang-undang serta panduan yang perlu dipatuhi bagi menjaga kualiti alam sekitar.
"THE EDGE OF INNOVATION"
PnG2 Admin

Tuesday, April 12, 2011

JADUAL PENGUJIAN ASAP DAN PEMASANGAN EX-CART

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada semua ahli Piston n Gear 2.

Dimaklumkan dan disenaraikan kenderaan yang dipilih untuk pemasangan Ex-Cart serta tarikh:-
WFY4071-7Februari2011
WGY9327-21Februari2011
WGY9334-1Mac2011
WGY9341-7Mac2011
WFY2050-14Mac2011
WFY2062-21Mac2011

Untuk makluman bahawa sebelum ini kumpulan telah memasang Ex-Cart pada dua kenderaan iaitu WFY4078 dan WFY4081.Diharapkan ahli kumpulan semua dapat turut serta dan melibatkan diri dalam menjayakan proses dan program tersebut. Dan diingatkan bahawa Konvensyen Peringkat Agensi akan diadakan pada Awal Jun 2011 dan untuk Peringkat Wilayah Persekutuan pada Akhir Jun 2011.
Sekian.

THE EDGE OF INNOVATION
PnG2 Admin

Sunday, March 27, 2011

Rekabentuk Baju Untuk Piston n Gear 2....

Salam kepada semua ahli dan penyokong Piston n Gear 2...
Disini PnG2 Admin ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong misteri yang dirahsiakan identitinya kerana dengan bebesar hati merekabentuk pakaian khas untuk ahli kumpulan Piston n Gear 2 untuk ke peringkat Wilayah Persekutuan.

PnG2

Tuesday, March 15, 2011

Pemeriksaan Dan Tinjauan Khas Oleh Bahagian Mekanikal, Jabatan Pengangkutan Jalan....

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia...
Untuk makluman semua ahli dan penyokong Piston n Gear 2, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal bahawa pihak pihak Bahagian Mekanikal, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengadakan satu pemeriksaan ringkas terhadap prototaip kenderaan yang telah dipasang dengan Ex-Cart.Lawatan dan pemeriksaan itu telah diadakan pada 10 Mac 2011(Khamis).Hasil daripada pemeriksaan tersebut didapati bahawa pemasangan Ex-Cart ini tidak menyalahi Undang-undang Jabatan Pengangkutan Jalan 1974. Dimana setiap pemasangan Ex-Cart itu mestilah tidak kurang 250mm ketinggian dari aras jalan ke hujung Ex-Cart.Bagi meyakinkan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tersebut atas hasil karbon yang telah diperangkap, kumpulan PnG2 telah menunjukkan cara proses serta kaedah penghasilan tersebut melalui demostrasi yang telah diadakan.
"THE EDGE OF INNOVATION"
PnG2 Admin

Saturday, March 5, 2011

JKM DAN INOVASI TAHUN 2011

Assalamualaaikum dan salam 1 MALAYSIA kepada semua PENYOKONG DAN AHLI Piston n Gear 2...
Saya sebagai PnG2 Admin berasa bangga dan bebesar hati atas semangat yang ditunjukkan oleh semua ahli yang terlibat. Jika begini semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua ahli, saya jamin bahawa kumpulan ini boleh 'pergi lebih jauh' bagi menaikkan nama JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL dan DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR dan tidak mustahil menaikkan nama MALAYSIA...
Disini saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Bahagian Selenggara Kemudahan Mekanikal kerana dicalonkan sebagai wakil JKM pada Konvensyen Kreatif dan Inovatif peringkat jabatan. Saya berharap agar Bhg. SKM boleh memenangi tahun ini serta menaikkan nama jabatan. Kita sama-sama tunggu dan lihat kreativiti beliau.
Untuk makluman semua bahawa bajet untuk patenkan projek Ex-Cart telah diluluskan oleh pihak pengurusan tertinggi.TERIMA KASIH diucapkan kepada pihak pengurusan tertinggi DBKL dan orang perseorangan yang terlibat atas usaha tersebut.Bagi menjamin projek ini berjaya, kumpulan PnG2 telah memohon kelulusan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) atas pengubahsuaian sistem ekzos pada kenderaan tersebut. Menerusi panggilan telefon hasilnya amatlah memberangsangkan dan pihak penguatkuasa tersebut berminat untu mengetahui dengan lebih lanjut atas usaha kreativiti tersebut.
"THE EDGE OF INNOVATION"


PnG2 Admin.

Sunday, February 20, 2011

PEMASANGAN EX-CART PADA 8 KENDERAAN DBKL

Salam 1 Malaysia kepada semua ahli PnG2...
Untuk makluman semua bahawa kumpulan PnG2 merancang untuk memasang Ex-Cart pada 8 kenderaan milik DBKL.Bagi memenuhi kriteria tersebut, hanya diperlukan adalah 6 buah kenderaan sahaja iaitu bernombor pendaftaran WFY4071,WGY9327,WGY9334,WGY9341(Jenama: Patching Lorry),WFY2050,WFY2062(Jenama: Water Tanker).
Diharap semua ahli dapatlah turut serta dalam penglibatan tersebut.
"THE EDGE OF INNOVATION"

PnG2 Admin

Thursday, February 3, 2011

Pertukaran Jawatan Dalam Piston n Gear2

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia kepada semua ahli dan penyokong Piston n Gear2.
Untuk makluman semua satu rombakan pertukaran jawatan dalaman dalam kumpulan Piston n Gear 2 telah diadakan.Rombakan jawatan adalah seperti berikut:-
1. En. Syazwan Ramin sebagai Setiausaha dinaikan jawatan sebagai Ketua Kumpulan.
2. Pn. Umiyati Haidar sebagai Penolong Setiausaha dinaikan jawatan sebagai Setiausaha Kumpulan.
3. En. Rosman Jaafar sebagai Ketua Research & Developement (R&D) dinaikan jawatan sebagai Penolong Setiausaha Kumpulan.
Segala pertukaran jawatan adalah diKUATKUASAKAN SERTA MERTA secara undian ahli kumpulan.
Sekian.
THE EDGE OF INNOVATION
PnG2 Admin

Wednesday, February 2, 2011

Analisis Komen Juri Di Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Peringkat DBKL

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia...
Untuk pengetahuan dan makluman semua pihak PnG2 Admin telah melihat rakaman persembahan kumpulan Piston n Gear 2 yang telah diadakan di Auditorium DBKL pada bulan November 2010. Disini disertakan beberapa teguran dan komen oleh pihak juri untuk dibuat penambahbaikan:-
1. Terdapat 3 masalah yang mengelirukan pihak juri iaitu Tajuk, Masalah dan Tema Projek.
Penyelesaian Juri: Tema yang dibuat oleh ahli kumpulan betul iaitu Mewujudkan Persekitaran Yang Sihat. Manakala Tajuk dan Masalah mestilah sama antara pengeluaran asap ekzos atau mengawal kualiti.
2. Carta aliran proses mestilah berdasarkan proses kerja.Tidak perlu menyatakan carta aliran proses bahan api.
3.Alat Ex-Cart ini perlu dipatenkan.
4.Alat Ex-Cart perlu ada kelulusan dari Jurutera atau organisasi lain yang mengiktirafkan.
5.Rajah Tulang Ikan pada Masalah dan punca masalah perlu ditukar.
6.Perlu ada bukti bahan pembuatan pada Ex-Cart iaitu jangka hayatnya.
Diharap semua ahli dapat memberi tumpuan pada komen tersebut.
THE EDGE OF INNOVATION

PnG2 Admin

Saturday, January 29, 2011

Ex-Cart Telah DiPaternkan...

Salam 1MALAYSIA kepada semua ahli dan peminat Piston n Gear2...
Untuk makluman semua bahawa alat/projek Ex-Cart yang dimiliki oleh Kumpulan Inovatif Dan Kreatif iaitu Piston n Gear2 dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal DBKL telah dalam proses untuk di paternkan. Maksud patern adalah untuk mendapat pengiktirafan hak cipta terpelihara dimana semua orang atau orang perseorangan atau syarikat tidak boleh meniru rekabentuk tersebut kecuali mendapat keizinan terlebih dahulu.
Untuk makluman semua disini kumpulan ini adalah yang pertama mempatenkan projek tersebut dan yang pertama dari kumpulan ini yang membuat kaedah tersebut.Keseluruhan perbelanjaan atau yuran keatas proses mempatenkan adalah ditanggung oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Prose mempatenkan projek ini adalah melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
THE EDGE OF INNOVATION

PnG2 Admin

Ujikaji Berjaya...

Salam 1 Malaysia kepada ahli Piston n Gear 2...
Untuk makluman semua bahawa ujikaji kali ke 2 keatas kenderaan yang telah dipasang alat Ex-Cart iaitu kenderaan WFY4078 telah BERJAYA. Keputusan yang diperolehi adalah 38.5HSU iaitu tidak melebihi 50HSU iaitu piawaian kegagalan ujian asap yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Ini membuktikan bahawa ujikaji tersebut berjaya dan atas kerjasama dan komitmen semua ahli yang menjadi asas kepada KEJAYAAN kumpulan ini....
Bangunlah dan sedarlah wahai ahli sekalian bahawa projek ini bukan setakat untuk meraih kemenangan sahaja tetapi untuk membuktikan kepada semua orang yang mencemburui atas kejayaan ini. Kita kena buktikan kepada semua bahawa kita ini SERIUS dalam perkara tersebut. Projek ini bukan projek kuih LENGKUNG yang telah di war-warkan oleh pegawai tersebut. Dan kalau setakat projek pegawai tersebut untuk tak nak pam rosak dikolam tu....ada syarikat yang telah membuat projek tu pada tahun 1999 yang dinamakan SKEMA BOX.Tak perlu basahkan badan di kolam tetapi hanya angkat daun didaratan sahaja. Kalau nak tau rekabentuk SKEMA BOX tu, atau sesiapa yang berhajat bolehlah menghubungi PnG2 Admin...
THE EDGE OF INNOVATION
PnG2 Admin

Sunday, January 23, 2011

Panggilan Masuk Kenderaan WFY4078

Salam 1 Malaysia....
Kumpulan Inovatif Dan Kreatif dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal iaitu kumpulan Piston n Gear 2 telah mengambil inisiatif dengan memanggil masuk kenderaan WFY4078 yang telah dipasang Ex-Cart iaitu satu alat mesra alam bagi penapisan karbon kenderaan. Temujanji dan kajiselidik berikut diadakan pada 26 Januari 2011 (Rabu) pada 9.00pagi di Bahagian Bengkel JKM.
Disini PnG2 Admin ingin mengucapkan terima kasih kepada setiausaha kumpulan yang telah bertungkus lumus mengaturkan perjanjian tersebut.

"THE EDGE OF INNOVATION"

Saturday, January 22, 2011

Mesyuarat Dan Perbincangan Piston n Gear2

Salam Perkenalan Kepada Semua Ahli....
Untuk makluman dan tindakan semua ahli Piston n Gear 2 bahawa satu mesyuarat dan perbincangan akan diadakan pada SETIAP HARI RABU seperti pada butiran berikut:

Tempat : Bilik Mesyuarat
Tingkat 1, Bahagian Bengkel

Waktu : 3.00ptg

Kehadiran tuan/puan adalah DIWAJIBKAN.

"THE EDGE OF INNOVATION"
PnG2 Admin

Rekacipta Diiktiraf dan Bukan Macam Bekas Lengkong...

Salam semua...
Disini PnG2 Admin terpanggil untuk menjawab soalan dari seorang pegawai di Bengkel yang menyatakan bahawa rekacipta Piston n Gear 2 adalah seperti kuih lengkong.
Disini PnG2 Admin ingin mengingatkan kepada saudara pegawai tersebut bahawa sifat cemburu atas kejayaan kumpulan ini yang semakin meningkat naik dan setaraf dengan kumpulan saudara pegawai yang terdahulu yang berjaya hanya setakat peringkat ehsan mewakili WP sahaja.
Dan ingatlah bahawa kejayaan saudara pegawai tersebut adalah EHsan dari orang lain dan kalau setakat cipta ajer tapi tak praktikkan, lagi tak guna...
Sama-samalah kita mengambil iktibar dari kumpulan tersebut.
PnG2 Admin
"THE EDGE OF INNOVATION"

Membawa Nama DBKL ke Peringkat Wilayah

Salam Perkenalan kepada semua Piston n Gear 2 Members...
Untuk pengetahuan semua bahawa Kumpulan Inovatif Dan Kreatif dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal DBKL iaitu kumpulan Piston n Gear 2 telah melangkah setapak lagi untuk mewakili DBKL ke PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN yang akan diadakan di Putra Jaya pada bulan Jun 2011. Kami semua berkobar-kobar untuk mengharumkan nama DBKL pada pertandingan tersebut. Walaupun ada segelintir yang tidak berpuashati atas kejayaan tersebut, kami tetap meneruskan jugak demi mengharumkan nama jabatan dan juga organisasi. Justeru itu terdapat beberapa langkah yang telah diambil bagi memantapkan kumpulan kami iaitu:-
1. Mempatenkan bahan ciptaan melalui Perbadanan Harta Intelek.
2. Mengemaskini buku laporan dan data terperinci.
3. Memasang rekacipta tersebut pada semua kenderaan milik DBKL.
4. Mengumpul karbon yang terperangkap serta membuat laporan keberkesanan.
5. Merangka satu transit pengumpulan karbon dan kitar semula karbon untuk kegunaan harian.

Maka dengan langkah-langkah tersebut di harap semua ahli dapat memberi kerjasama dalam menjayakan usaha tersebut.

"THE EDGE OF INNOVATION"
PnG2 Admin

Tuesday, January 11, 2011

Kejayaan demi kejayaan untuk JKM

Assalamualaikum w.b.t.
TAHNIAH!! atas kejayaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif yang mewakili Jabatan Kejuruteraan Mekanikal DBKL yang menjuarai peringkat jabatan dan seterusnya mewakili DBKL ke peringkat Wilayah Persekutuan. Kumpulan yang PnG2 Admin maksudkan adalah Piston n Gear 2. Untuk makluman semua, kumpulan ini telah memenangi 2 kategori anugerah iaitu Anugerah Datuk Bandar dan Persembahan Terbaik yang merangkul hadiah trofi dan wang tunai RM4500. Pada pertandingan tersebut terdapat 11 jabatan yang bertanding. Walaupun semua ahli sibuk dalam tugasan harian namun KITA TETAP JUARA.....